6 TANDA KOSMETIK ANDA ADA BAHAN MERKURI

01:49 Anna Rezqi 0 Comments


Bahan merkuri adalah bahan berbahaya yang pemakaiannya dilarang sama sekali. Kesan bahan ini membawa kesan buruk pada anda. Terdapat juga produk yang bagus dan laku di pasaran akhirnya dipalsukan dengan tambahan bahan merkuri. Agar tidak terjebak dan salah pilih, tidak ada salahnya anda meneliti dan melihat apakah ciri-ciri kosmetik bermerkuri ini.


1) Bau yang tajam
- Krim yang dicampur dengan merkuri biasanya mempunyai bau wangi yang tajam untuk menutupi aroma merkuri. Anda patut curiga dengan krim seperti ini.

2) Agak berkilat
- Krim yang agak berkilap biasanya mengandungi merkuri. Kilapan ini berasal dari merkuri yang merupakan logam berat. Saat tudung dibuka warna krim kelihatan seperti hologram/​​berkilauan. Krim yang bagus tidak berkilat tapi hanyalah warna putih biasa. Saat mengoles krim ke wajah cuba perhatikan adalah kilat-kilat yang melekat.

3) Hasil nampak dalam masa yang singkat
- Pemakaian baru satu minggu namun wajah tampak berubah. Hasil yang diberikan bergantung dari banyaknya kandungan merkuri dalam krim. Makin tinggi kandungannya maka hasilnya pun semakin cepat bahkan ada yang nampak putih pucat.

4) Gatal di awal pemakaian
- Rasa gatal yang muncul di awal pemakaian biasanya sangat mengganggu. Oleh kerana itu biasanya krim merkuri juga dilengkapi dengan krim anti iritasi.

5) Kulit mudah terbakar
- Apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari, ianya akan terasa panas dan menjadi merah. Ini adalah kesan sampingan dari merkuri yang menjadi sensitif.

6) Perih dan Kemerahan
- Pada masa awal pemakaian, kulit menjadi kemerahan dan terasa perih. Ini boleh menjadi salah satu tanda bahawa kulit kamu menjadi iritasi kerana merkuri. Sebaiknya segera hentikan pemakaian.

~~ Apabila 6 ciri-ciri ini ada pada produk yang anda pakai sekarang, sebaiknya anda segera menghentikan pemakaian krim itu agar kulit tidak rosak makin parah.


BACA >> PANTANG LARANG DALAM PENJAGAAN KULIT WAJAH

INFO RINGKAS - PANTANG LARANG DALAM PENJAGAAN KULIT WAJAH

01:54 Anna Rezqi 0 Comments



1. Cuci muka cukup 2 kali sehari saja. Seawal pagi & sebelum tidur. Terlalu banyak kali mencuci muka dalam sehari boleh mengurangkan kelembapan semulajadi kulit.
2. Gunakan 2 jari (tengah & manis saja) untuk tekanan yang optimum & sederhana pada permukaan kulit wajah semasa mencuci muka.
3. Bersihkan solekan wajah terlebih dahulu dengan sempurna setiap kali mencuci muka
4. Pastikan produk yang dipakai sebelum tidur (yang dibiarkan semalaman) tidak mengandungi UV protection. Ini hanya akan menyumbatkan pori-pori wajah
5. Sentiasa mencuci muka dari arah bawah ke atas. Jangan lawan arah.



BACA >> TIPS MACAM MANA NAK TUKAR SKINCARE