5 TIPS ATASI KULIT BERMINYAK DENGAN CEPAT

21:02 Anna Rezqi 0 Comments

Lumrah wanita semuanya nak cantik, semua nak nampak lawa. Nak kulit licin, mulus, cerah dan tegang. Bila wajah cantik, hati jadi tenang dan keyakinan diri meningkat. Disebabkan itulah banyak produk kecantikan dalam pasaran sekarang ini.  Macam-macam kelebihan dan keajaiban ditulis untuk meyakinkan para pelanggan tentang keberkesanan produk-produk ini.


Ada yang menjanjikan kulit yang lebih cerah.  Ada yang katanya boleh menghilangkan jeragat dan menjadikan kulit yang kendur tegang semula. Ada produk yang perlu disapu, ada yang perlu dimakan dan ada juga yang perlu disuntik. Semuanya semata-mata untuk memenuhi keperluan kakak-kakak, adik-adik, dan mak-mak di luar sana yang nak nampak cantik, segar, menawan dan berseri-seri.

Ok, sebelum tu kita tengok apa punca-punca yang menyebabkan masalah kulit berminyak ni..

5 Punca Sebenar Masalah Kulit Berminyak


Apabila kulit wajah berminyak, punahlah harapan untuk tampil cantik. Lebih-lebih lagi kalau kulit berminyak disertai pula dengan pertumbuhan jerawat. Kadang-kadang, rasa macam geli untuk menyentuh kulit wajah sendiri apabila berasa licin dan belengas. Apabila kita ingin menyelesaikan masalah ini, kita perlulah mengetahui dahulu punca kulit berminyak yang sebenarnya.

Antara masalah kulit yang biasanya menjadi keluhan para wanita adalah masalah kulit berminyak. Kulit berminyak bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia memang akan mencacatkan kesempurnaan pada wajah.

Kulit berminyak sebenarnya normal kerana ini cara sistem badan kita melindungi permukaan kulit. Namun, kulit akan mengeluarkan minyak atau sebum secara terlalu banyak dan berlebihan apabila :

1. Terdedah Kepada Sinar UV Yang Berbahaya
- Kulit kita sebenarnya mempunyai satu lapisan perlindungan yang unik termasuklah dengan penggunaan lapisan minyak. Disebabkan kulit muka selalu terdedah dengan pencemaran dan sinar UV yang sangat berbahaya, lebih banyak minyak dikeluarkan di bahagian muka.

2. Suka Makan Makanan Yang Berminyak
- Makanan yang berminyak pula akan memburukkan lagi keadaan. Makanan berminyak bukan sahaja boleh menaikkan berat badan, malah juga menjejaskan kesempurnaan kulit wajah.

3. Tersalah Pilih Produk Penjagaan Kulit/kosmetik
- Semua orang mempunyai keadaan kulit yang berbeza. Ini menyebabkan penerimaan kulit terhadap setiap produk juga berbeza. Apabila tersalah pilih produk dengan kandungan minyak yang tinggi, maka kulit kita berisiko untuk mengeluarkan lebih banyak minyak pada bahagian muka.

4. Persekitaran Yang Tercemar
- Selain itu, persekitaran alam sekeliling yang kotor akibat pencemaran juga menyebabkan lebih banyak sebum dihasilkan untuk melindungi permukaan kulit daripada kotoran.

5. Hormon Yang Tidak Seimbang
- Hormon dalam badan yang tidak  seimbang. Sistem dalam badan kita sebenarnya turut bergantung kepada hormon-hormon yang dikeluarkan oleh organ-organ tertentu. Apabila hormon kurang stabil, berlakulah lebihan minyak pada wajah.

5 Tips Atasi Kulit Berminyak Secara Semulajadi

1.  Mengamalkan Cara Pemakanan Yang Sihat
- Boleh dikatakan, semua yang berlaku dalam badan kita bergantung kepada cara pemakanan kita. Apabila kita makan makanan yang sihat seperti sayur, kekacang dan buah buahan, kita akan dapat melihat perubahan yang ketara pada kulit. Mesti akan kurang berminyak dan lebih sihat.

2. Menggunakan Pencuci Muka Berasaskan Air
- Pencuci muka pula perlulah yang berasaskan air bagi mereka yang menghadapi masalah kulit berminyak. Pencuci muka jenis ini akan membantu membersihkan kulit muka daripada minyak yang berlebihan. Namun begitu, pencuci muka yang baik akan mengekalkan kelembapan dan tidak akan mengeringkan kulit.

3. Menyapu Krim Pelembap Sebelum Mekap
- Sebum sebenarnya berfungsi untuk melindungi kulit. Semakin kering kulit, semakin banyak sebum dihasilkan pada wajah. Jadi, sebelum berbedak dan bersolek, jangan sesekali lupa untuk memakan pelembap wajah supaya kelembapan kulit wajah tahan lebih lama. Pelembap ini juga haruslah berasaskan air

4. Mekap Yang Kurang Berminyak
- Tanpa kita sedari, alat mekap kita sendiri menjadi faktor utama kulit wajah tampak lebih berminyak. Seboleh-bolehnya, carilah jenama mekap yang kurang berminyak atau water-based supaya kulit wajah sentiasa segar dan berseri.

5. Kertas Penyerap Minyak
- Penggunaan kertas penyerap minyak juga agak popular dalam kalangan orang yang mempunyai masalah kulit berminyak, tapi cara ini agak kurang efektif dan tidak tahan lama. Ia agak leceh. Malu juga nak tekap-tekap muka dengan kertas kalau kita berada dalam keadaan orang ramai.