4 JENIS MAKANAN PENYEBAB JERAWAT
1) MAKANAN YANG DIGORENG DAN BERLEMAK TINGGI
- Ini kebiasaan yang selalu dilakukan malah hal ini sememangnya tidak boleh dielakkan, makan makanan berminyak. Untuk pengetahuan anda, makanan yang telah digoreng itu mengandungi lemak yang sangat banyak dan ia akan terus ‘tinggal’ di dalam tubuh anda. Apabila ia sudah berada di tahap yang berlebihan, lemak itu akan dikeluarkan melalui pori-pori kulit wajah anda.
- Ketika kulit wajah anda berminyak, percayalah pelbagai kotoran akan mula menapak sehingga timbullah kuman dan bakteria penyebab jerawat. Lebih-lebih lagi makanan ringan menjadi kesukaan semua orang kan. Jadi berpeganglah kepada diet yang sihat tanpa berminyak demi kesihatan anda juga!
.
2) MAKANAN MANIS YANG MENGANDUNGI GULA TINGGI
- Makanan yang mengandungi gula tinggi akan menyebabkan peningkatan jumlah lemak dalam tubuh seseorang sehingga ia akan lebih memudahkan jerawat timbul. Terutamanya makanan yang mengandungi gula pasir, apabila anda mengambil gula berlebihan ia akan menyebabkan meningkatnya gula dalam darah sehingga produksi lemak di dalam tubuh juga meningkat. Dan kita telah ketahui bahawa lemak akan menyebabkan timbulnya jerawat yang lebih parah.
.
3) MAKANAN & MINUMAN YANG MENGANDUNGI SUSU
- Sebahagian produk makanan banyak mengandungi susu yang mempunyai lemak yang tinggi, antaranya yoghurt, keju, susu cair, susu cream, dan lain-lain juga termasuk dalam kategori jenis makanan yang boleh menimbulkan jerawat. Lemak yang hadir dalam makanan dapat mengubah level insulin dalam darah dan ini menyebabkan meningkatnya pengeluaran sebum, akhirnya akan menyebabkan jerawat
.
4) MINUMAN BERKAFEIN DAN BERKARBONAT
- Mesti ada segelintir daripada anda yang tertanya-tanya betul ke kafein juga boleh menimbulkan jerawat? Jawapannya, YA! Kafein bukan sahaja dapat dijumpai pada kopi sahaja bahkan chocolate, teh, minuman bergas juga mengandungi kafein.
- Minuman berkafein dan berkarbonat menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stress dan juga boleh mengganggu tidur anda. Bila kita stress ia akan memberi kesan kepada masalah kesihatan tubuh dan wajah kita. Minuman berkabonat juga mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu lebih kurang 7 sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak, seterusnya timbulnya jerawat!