6 MANFAAT TEH HIJAU YANG RAMAI TAK TAHU

21:22 Unknown 0 Comments

Jika dulu teh biasanya di minum untuk menjamu tetamu atau untuk jamuan minum petang bersama keluarga tersayang kan. Tapi kini, ramai yang menggemari teh hijau dan menjadikannya rutin untuk tampil sihat dan cantik. Teh hijau terkenal dengan sifat antoksidan nya, dan ia harus disertakan dalam diet pemakanan seharian demi penjagaan kesihatan dan kecantikan kulit kita!


Pencegah kanser - Sebagai sumber antioksidan, teh hijau membantu kita untuk mencegah risiko mendapat kanser, juga dipercayai untuk mencegah penyebaran dan pertumbuhan sel kanser di dalam darah. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser.
.
Menurunkan berat badan - Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Teh mengandungi kafein, dan pengambilan kafein dalam kuantiti yang terkawal bagus untuk menaikkan metabolisma badan. Metabolisma badan yang tinggi membolehkan kita membakar kalori dengan kadar yang optimum. sekaligus, membantu kita untuk turunkan berat badan & langsing.
.
Kecantikan kulit - Pengambilan teh hijau yang konsisten membantu kita memperoleh kulit yang lebih bersih dan sihat. Ini kerana, teh hijau mampu bertindak sebagai detox. Detox akan mengeluarkan toksin-toksin dari badan, dan selepas itu kulit kita akan tampil lebih sihat dan cantik! Selain itu, teh hijau juga boleh melembutkan kulit. Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Caranya, rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang mampu menghilangkan rasa gatal dan lebam.
.
Menghilangkan lebam kantung mata
Anda boleh cuba untuk menghilangkan masalah tersebut dengan cara mereneh teh hijau murni dengan air panas selama 10 minit, selepas itu diketepikan dan simpan ke dalam peti ais.
Kemudian celupkan sepotong kapas kedalam larutan teh tersebut dan tempelkan pada kelopak mata selama 10 minit. Selain itu anda juga boleh mencuba dengan cara yang lebih praktikal iaitu dengan menggunakan kantung teh celup bekas pakai yang sebelumnya sudah disejukkan di dalam peti ais.
.
Pelindung memori - Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.
.
Mencegah penyakit gigi -Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Tindakan anti bakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.