10 TIPS KESIHATAN YANG WANITA PERLU TITIKBERATKAN
Wanita, Kecantikan dan Kesi hatan memang tak dapat dipisahkan..nak2 bila sebut pasal penjagaan kesihatan diri..Mai pun wanita jadi normal la kan kita nak bercakap pasal kecantikan atau kesihatan diri..walaupun diri ni biasa2 je..hehe. yg penting kita kena jaga luaran & dalaman diri ok.Ok, entry hari ni Mai just nak kongsi sedikit info tentang 10 TIPS KESIHATAN YANG WANITA PERLU TITIKBERATKAN.
1. Minum banyak air
- Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh
tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu
membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar
kalori dalam badan. Senang bukan?.
2. Bersenam
- Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar
rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit
tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran
darah.
3. Jangan merokok.
- Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.
Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab
merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org
memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?
4. Tidur yg cukup.
- Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam
kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua
dan mata lebam.
5. Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap.
- Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari
memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap
melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak
payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih.
6. Makan yang cukup tapi bukan berlebihan.
- Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara
yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan
tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda.
Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food
semata-mata.
7. Manjakan diri.
- Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial
atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di
rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan
melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan
lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri
untuk mencantikkan tubuh badan.
8. Elakkan stress.
- Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik
lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
9. Don't worry, be happy.
- Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan
kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun
cantik! cheewahh
10. Ketawa penghibur duka.
- Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau
kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan
kedutan di muka.