SCRUB WAJAH ?? PENTING KE ??
Pasti ramai antara kita tertanya-tanya, perlukah scrub wajah walhal kita telah pun menggunakan produk penjagaan wajah harian seperti pencuci muka,toner/serum,krim siang dan krim malam. Jawapannya YES!!!SANGAT-SANGAT PENTING. Mungkin anda tidak mahu membeli atau menggunakan produk penjagaan wajah yang lain, atau mengambil masa untuk menggunakannya, namun percayalah scrub wajah antara produk penjagaan wajah yang TERPENTING.KENAPA PENTING?
Sebelum anda mengetahui kelebihan scrub, ada baiknya anda mengetahui terlebih dahulu apa sebenarnya scrub wajah. Scrub wajah adalah produk pengelupasan yang dicipta khusus untuk wajah. Kulit wajah lebih lembut dan sensitif berbanding kulit dibahagian lain. Oleh itu, wajah perlu dijaga dan diberi perhatian. Salah satu cara dengan menggunakan scrub.
SEBAB KENAPA PERLU MENGGUNAKAN SCRUB WAJAH
* Berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati
* Meremajakan kulit
* Menjadikan kulit wajah sentiasa bersih dan sihat
* Kulit menjadi licin dan cerah apabila digunakan secara kerap(sekurang-kurangnya 2 kali seminggu)
* Mampu melembapkan kulit ketika sel-sel kulit mati ditanggalkan (kebanyakan scrub wajah mengandungi pelembap)
TIPS PENGGUNAAN
Membersih wajah setiap hari tidak cukup untuk menanggalkan sel kulit mati dan kotoran yang meresap ke dalam kulit yang mana boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan terjadinya blackhead dan breakouts, Penggunaan scrub mampu untuk menaggalkan kotoran ini.
1.Menggunakan scrub wajah ketika mandi akan memudahkan cukuran dan menjadikan cukuran lebih licin. Ia juga mengurangkan terjadinya ingrown hairs yang disebabkan keradangan akibat penggunaan mata pisau cukur. (utklelaki)
2.Pilih scrub wajah yang diperbuat dari bahan semulajadi seprti kulit kacang tanah,pumice, apricot dan sebagainya. Bahan-bahan ini mudah menanggalkan kotoran di wajah tanpa meresap sehingga ke liang pori-pori
3.LELAKI dan WANITA yang mempunyai jerawat YANG TERUK tidak digalakkan menggunakan scrub kerana ia mungkin menambahkan keradangan pada kulit lebih teruk. Scrub meneyebabkan keadaan kulit wajah yang berjerawat menjadi lebih teruk
4.Gunakan scrub pada suhu air suam kerana ia dapat membuka liang pori-pori dengan lebih senang. Cuci wajah anda dengan pencuci wajah terlebih dahulu. Selepas dibilas, ambil sedikit scrub wajah dan sapu pada wajah dengan menggosoknya secara berputar pada bahagian dahi, hidung, dagu dan leher..kemudian cucikan.