5 JENIS JERAWAT YANG ANDA PERLU TAHU

17:57 Anna Rezqi 0 Comments


1. Papule
Merupakan jenis jerawat radang kulit, berbentuk benjolan lembut kemerah-merahan

2. Pustule
Bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintik merah dengan pusat putih atau kuning (bernanah).

3. Blackhead
Biasanya terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan sebum (minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati. Warna hitam itu bukan di sebabkan oleh kotoran dan di sebabkan oleh pigmen kulit-melanin, bertindak balas dengan oksigen di udara.

4. Whitehead
Biasanya terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati, menyebabkan paparan putih di permukaan kulit anda.

5. Nodule
Terdiri daripada benjolan keras di bawah permukaan kulit. Lebih besar dan sangat menyakitkan, serta kadang-kadang tidak hilang selama berbulan-bulan.
Jerawat ini menyumbang kepada parut berlubang dan trauma teruk serta luka pada permukaan kulit.

Jika tidak di rawat dengan betul, Nodul ini akan terbentuk semula walaupun selepas kecut. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

6. Cystic
Umumnya disebut sebagai jerawat batu. Ia memiliki bentuk yang lebih besar jika dibandingkan dengan jerawat biasa. Dikenali juga sebagai milium, munculnya seperti benjolan di permukaan kulit dan biasanya disertai dengan terjadinya peradangan yang menekan saraf dan menimbulkan warna merah, bengkak, serta merebak dengan cepat di seluruh permukaan kulit wajah.

#sisfel #sisfelwarriors #sisfeltitanium #sisfelsmartsystem #jerawat #KRASNA