Bagaimana untuk kekal awet muda dan mengawal stress dengan betul? – Tips Dr. Hamid Arshat.

16:40 Anna Rezqi 0 Comments


Siapa tak kenal dengan Dr. Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan terkenal di negara kita kan?

Menurutnya, stress, (tekanan mental, emosi dan fizikal) merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit penyakit yang menyebabkan kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin akhmar ( stroke ).

Berikut merupakan tips beliau menangani stress dan kekal awet muda.

1) TAWAKKAL – Sentiasa berdoa agar dikurniakan kesihatan yang badan dan bertawakal dengan ketentuan Allah.
2) REDHA – Anggaplah satu ujian yang datang adalah untuk menguji keimanan kita.
3) TAHAN MARAH – Apabila berada di dalam situasi yang stress atau ketika anda marah, tinggalkan situasi tersebut untuk menyejukkan hati.
4) MEMAAF - Maafkan orang yang berbuat salah dengan kita dan jangan mengungkit.
5) TIDAK DENDAM - Walau pun difitnah dan dizalimi, jangan menyimpan DENDAM. Kawal perasaan untuk membalas apa yang orang lakukan pada kita.
6) BERKEBUN - Mencangkul, tanam sayur-sayuran, herba dan pokok buahan disekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.
7) BERZIKIR DAN SELAWAT - Memang menjadi amalan apabila memandu kereta, terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.
8) DEEP BREATHING - Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ulang untuk 5 minit. Deep breathing ini boleh dilakukan bila-bila masa dan dimana-mana tempat bila rasa stress dan gelisah.
9) JALANI HIDUP YANG SIMPLE - Amalkan gaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan brand name pada pakaian, kereta, hiasan dan lain-lain.

Kawal stress anda dengan bijak sebelum ia menganggu fisiologi tubuh badan kita. Jalani hidup kita dengan tenang dan bahagia bersama kelaurga tersayang.

#sisfel #sisfelwarriors #sisfeltitanium