6 MANFAAT TEH HIJAU YANG RAMAI TAK TAHU

21:22 Unknown 0 Comments

Jika dulu teh biasanya di minum untuk menjamu tetamu atau untuk jamuan minum petang bersama keluarga tersayang kan. Tapi kini, ramai yang menggemari teh hijau dan menjadikannya rutin untuk tampil sihat dan cantik. Teh hijau terkenal dengan sifat antoksidan nya, dan ia harus disertakan dalam diet pemakanan seharian demi penjagaan kesihatan dan kecantikan kulit kita!


Pencegah kanser - Sebagai sumber antioksidan, teh hijau membantu kita untuk mencegah risiko mendapat kanser, juga dipercayai untuk mencegah penyebaran dan pertumbuhan sel kanser di dalam darah. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser.
.
Menurunkan berat badan - Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Teh mengandungi kafein, dan pengambilan kafein dalam kuantiti yang terkawal bagus untuk menaikkan metabolisma badan. Metabolisma badan yang tinggi membolehkan kita membakar kalori dengan kadar yang optimum. sekaligus, membantu kita untuk turunkan berat badan & langsing.
.
Kecantikan kulit - Pengambilan teh hijau yang konsisten membantu kita memperoleh kulit yang lebih bersih dan sihat. Ini kerana, teh hijau mampu bertindak sebagai detox. Detox akan mengeluarkan toksin-toksin dari badan, dan selepas itu kulit kita akan tampil lebih sihat dan cantik! Selain itu, teh hijau juga boleh melembutkan kulit. Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Caranya, rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang mampu menghilangkan rasa gatal dan lebam.
.
Menghilangkan lebam kantung mata
Anda boleh cuba untuk menghilangkan masalah tersebut dengan cara mereneh teh hijau murni dengan air panas selama 10 minit, selepas itu diketepikan dan simpan ke dalam peti ais.
Kemudian celupkan sepotong kapas kedalam larutan teh tersebut dan tempelkan pada kelopak mata selama 10 minit. Selain itu anda juga boleh mencuba dengan cara yang lebih praktikal iaitu dengan menggunakan kantung teh celup bekas pakai yang sebelumnya sudah disejukkan di dalam peti ais.
.
Pelindung memori - Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.
.
Mencegah penyakit gigi -Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Tindakan anti bakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.

4 JENIS MAKANAN PENYEBAB JERAWAT

21:42 Anna Rezqi 0 Comments


1) MAKANAN YANG DIGORENG DAN BERLEMAK TINGGI

- Ini kebiasaan yang selalu dilakukan malah hal ini sememangnya tidak boleh dielakkan, makan makanan berminyak. Untuk pengetahuan anda, makanan yang telah digoreng itu mengandungi lemak yang sangat banyak dan ia akan terus ‘tinggal’ di dalam tubuh anda. Apabila ia sudah berada di tahap yang berlebihan, lemak itu akan dikeluarkan melalui pori-pori kulit wajah anda.

- Ketika kulit wajah anda berminyak, percayalah pelbagai kotoran akan mula menapak sehingga timbullah kuman dan bakteria penyebab jerawat. Lebih-lebih lagi makanan ringan menjadi kesukaan semua orang kan. Jadi berpeganglah kepada diet yang sihat tanpa berminyak demi kesihatan anda juga!
.
2) MAKANAN MANIS YANG MENGANDUNGI GULA TINGGI

- Makanan yang mengandungi gula tinggi akan menyebabkan peningkatan jumlah lemak dalam tubuh seseorang sehingga ia akan lebih memudahkan jerawat timbul. Terutamanya makanan yang mengandungi gula pasir, apabila anda mengambil gula berlebihan ia akan menyebabkan meningkatnya gula dalam darah sehingga produksi lemak di dalam tubuh juga meningkat. Dan kita telah ketahui bahawa lemak akan menyebabkan timbulnya jerawat yang lebih parah.
.
3) MAKANAN & MINUMAN YANG MENGANDUNGI SUSU

- Sebahagian produk makanan banyak mengandungi susu yang mempunyai lemak yang tinggi, antaranya yoghurt, keju, susu cair, susu cream, dan lain-lain juga termasuk dalam kategori jenis makanan yang boleh menimbulkan jerawat. Lemak yang hadir dalam makanan dapat mengubah level insulin dalam darah dan ini menyebabkan meningkatnya pengeluaran sebum, akhirnya akan menyebabkan jerawat
.
4) MINUMAN BERKAFEIN DAN BERKARBONAT

- Mesti ada segelintir daripada anda yang tertanya-tanya betul ke kafein juga boleh menimbulkan jerawat? Jawapannya, YA! Kafein bukan sahaja dapat dijumpai pada kopi sahaja bahkan chocolate, teh, minuman bergas juga mengandungi kafein.

- Minuman berkafein dan berkarbonat menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stress dan juga boleh mengganggu tidur anda. Bila kita stress ia akan memberi kesan kepada masalah kesihatan tubuh dan wajah kita. Minuman berkabonat juga mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu lebih kurang 7 sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak, seterusnya timbulnya jerawat!

KENALI 4 KATEGORI JERAWAT DAN PUNCANYA

20:58 Anna Rezqi 0 Comments

Ada Berapa Jenis Jerawat Sebenarnya??


Kulit berjerawat merupakan masalah yang menghantui hampir 80 peratus rakyat Malaysia. Malahan, masalah kulit muka ini adalah masalah yang lazimnya dihadapi oleh setiap individu seantero dunia. Saya pun sering menghadapi diserang jerawat lebih-lebih lagi bila hampir period. Mengikut kajian, setiap jerawat ini adalah berbeza mengikut jenis-jenisnya. Oleh kerana jerawat ini ada pelbagai jenis maka tak hairanlah penyelesaiannya juga tak sama!

Mari kita sama-sama mengenali jenis-jenis jerawat dalam usaha kita untuk mengatasi masalah kulit muka.

1. Jerawat biasa.
Jerawat biasa ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu :

a) Blackhead pada hidung
- Blackhead (bintik hitam) : Berbeza dengan bintik putih, bintik hitam ini terjadi kerana liang atas telah terbuka dan pigmen kulit telah teroksida dengan oksigen. Ianya belum dijangkiti kuman namun elakkan dari menggunakan scrub muka kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan.


b) Whitehead pada muka
- Whitehead (bintik putih) : Bintik putih ini berlaku kerana sebum telah memenuhi liang kulit muka dan menyebabkannya tersumbat dan kulit telah mati. Liang telah tertutup diatas dan memerlukan rawatan intensif.


c) Pustular-psoriasis
- Pustules : Peringkat yang lebih kronik dari papules. Liang kulit muka juga telah diserang kuman dalam tempoh yang lama menyebabkannya radang mengeluarkan nanah dari liang kulit muka.

2. Jerawat Serius Atau Acne Vulgaris
a) Nodul
Lebih dikenali sebagai jerawat batu dalam masyarakat kita. Jerawat ini sakit bila disentuh. Kelihatan berbonjol dan bersaiz lebih besar dari jerawat biasa. Lazimnya, akan meninggalkan parut dimuka dan berulang-ulang di kawasan yang sama.

b) Sista atau cyst
Sista – Sista atau cyst ini terjadi akibat kombinasi jerawat-jerawat nodul yang bercantum antara satu sama lain sehingga membentuk sista yang besar. Jangan sesekali memicit jerawat ini kerana ianya akan menjadikannya lebih merebak dan meninggalkan parut yang tak diingini.


3. Jerawat Kronik Atau Acne Rosacea

 – Masalah kulit muka ini sering disalahtafsir sebagai sejenis jerawat. Sebenarnya ia bukan jerawat dan sudah tentu rawatannya juga berbeza. Acne Rosacea ini wujud sebagai bonjolan bernanah berwarna merah dan tak mempunyai bintik hitam. Seolah-olah sama dgn acne vulgaris. Jika dibiarkan tanpa rawatan, anda berisiko menghadapi bengkak hidung. Disarankan untuk anda berjumpa pakar kulit untuk masalah ini. Lazimnya menyerang wanita berumur 30 tahun dan ke atas.


4. Jerawat Kronik Lain (Severe Acne)

a) Acne Conblongata
– Tahap yang paling teruk bagi Acne Vulgaris. Biasanya menyerang lelaki. Meninggalkan kesan parut kekal dan menyerang kawasan muka, dada, belakang badan, atas tangan, punggung dan peha. Lazimnya menyerang belia berusia 10 tahun ke 30 tahun.




b) Acne Fulminans
– Masalah kulit ini akan menyerang secara tiba-tiba selepas dijangkiti masalah acne conblongata. Biasanya akan dihadapi oleh golongan lelaki dan usia muda. Simptom-simptomnya diserang demam, gatal yang teruk dan tak bereaksi kepada antibiotik.


c) Gram-Negative Folliculitis
– diakiatkan oleh jangkitan kuman berkemungkinan kerana kesan dari rawatan antibiotik dalam jangkamasa lama untuk merawat jerawat pustules atau sista. Masalah kulit muka ini jarang berlaku dan boleh dirawat.



d) Pyoderma Faciale (Rosacea Fulminans)
– Hanya dihadapi oleh wanita berusia dalam lingkungan usia 20 ke 40 tahun. Simptom yang dihadapi adalah seperti jerawat batu (nodules) besar yang sakit, luka-luka. Menyerang secara mendadak dan berpotensi menyerang mereka yang tak pernah menghadapi masalah jerawat. Ianya akan berlarutan untuk beberapa tempoh tertentu dan akhirnya akan sembuh.



Saranan saya untuk masalah jerawat yang kronik, anda perlu segera untuk berjumpa dengan pakar kulit atau dermatologist. Masalah kulit muka yang serius dan kronik ini memerlukan konsultasi berterusan dari dermatologist dan mengambil masa untuk sembuh.
credit to : mamalink. com

#sharingilmu
#semogabermanfaat

SCRUB WAJAH ?? PENTING KE ??

00:10 Anna Rezqi 0 Comments

Pasti ramai antara kita tertanya-tanya, perlukah scrub wajah walhal kita telah pun menggunakan produk penjagaan wajah harian seperti pencuci muka,toner/serum,krim siang dan krim malam. Jawapannya YES!!!SANGAT-SANGAT PENTING. Mungkin anda tidak mahu membeli atau menggunakan produk penjagaan wajah yang lain, atau mengambil masa untuk menggunakannya, namun percayalah scrub wajah antara produk penjagaan wajah yang TERPENTING.


KENAPA PENTING?
Sebelum anda mengetahui kelebihan scrub, ada baiknya anda mengetahui terlebih dahulu apa sebenarnya scrub wajah. Scrub wajah adalah produk pengelupasan yang dicipta khusus untuk wajah. Kulit wajah lebih lembut dan sensitif berbanding kulit dibahagian lain. Oleh itu, wajah perlu dijaga dan diberi perhatian. Salah satu cara dengan menggunakan scrub.

SEBAB KENAPA PERLU MENGGUNAKAN SCRUB WAJAH
* Berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati
* Meremajakan kulit
* Menjadikan kulit wajah sentiasa bersih dan sihat
* Kulit menjadi licin dan cerah apabila digunakan secara kerap(sekurang-kurangnya 2 kali seminggu)
* Mampu melembapkan kulit ketika sel-sel kulit mati ditanggalkan (kebanyakan scrub wajah mengandungi pelembap)

TIPS PENGGUNAAN
Membersih wajah setiap hari tidak cukup untuk menanggalkan sel kulit mati dan kotoran yang meresap ke dalam kulit yang mana boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan terjadinya blackhead dan breakouts, Penggunaan scrub mampu untuk menaggalkan kotoran ini.

1.Menggunakan scrub wajah ketika mandi akan memudahkan cukuran dan menjadikan cukuran lebih licin. Ia juga mengurangkan terjadinya ingrown hairs yang disebabkan keradangan akibat penggunaan mata pisau cukur. (utklelaki)

2.Pilih scrub wajah yang diperbuat dari bahan semulajadi seprti kulit kacang tanah,pumice, apricot dan sebagainya. Bahan-bahan ini mudah menanggalkan kotoran di wajah tanpa meresap sehingga ke liang pori-pori

3.LELAKI dan WANITA yang mempunyai jerawat YANG TERUK tidak digalakkan menggunakan scrub kerana ia mungkin menambahkan keradangan pada kulit lebih teruk. Scrub meneyebabkan keadaan kulit wajah yang berjerawat menjadi lebih teruk

4.Gunakan scrub pada suhu air suam kerana ia dapat membuka liang pori-pori dengan lebih senang. Cuci wajah anda dengan pencuci wajah terlebih dahulu. Selepas dibilas, ambil sedikit scrub wajah dan sapu pada wajah dengan menggosoknya secara berputar pada bahagian dahi, hidung, dagu dan leher..kemudian cucikan.

APAKAH PUNCA BIBIR KERING??

23:41 Anna Rezqi 0 Comments

Bagaimana keadaan bibir yang kering?

Ramai orang menghadapi masalah kekeringan pada bibir, malah mulut, bermula dari kekeringan biasa akhirnya masalah melarat menjadi luka dan kadang kalanya bernanah atau menjadi kuping (scaling). Bibir yang kering lalu merekah dan menyebabkan luka mengganggu aktiviti seharian yang melibat bibir seperti senyuman, makan malah ketika bercakap.


Saya cuba memaparkan kepelbagaian sebab terjadinya bibir kering. Perlu dibezakan antara bibir kering yang disebabkan oleh faktor non-infeksi dan faktor infeksi. Bezanya adalah kadar masa yang diambil untuk menjadikan bibir itu menjadi luka (atau bernanah).

Jika kekeringan bibir disebabkan oleh faktor non-infeksi (bukan jangkitan kuman), maka biasanya keadaan di mana bibirnya menjadi kering dan kemudiannya bertukar menjadi luka mengambil masa beberapa hari.

Namun jika ianya disebabkan infeksi, terutama virus herpes simplex, pesakit kadang kala tidak mengalami kekeringan bibir itu langsung. Apa yang disedari oleh pesakit adalah luka di bibir yang menyakitkan. Jangkitan herpes simplex ini juga menyebabkan luka selain di bahagian bibir, pada bahagian gusi dan juga kemaluan.

Sementara perleche adalah keadaan yang sering berlaku terutama pada warga tua dan pesakit diabetes mellitus, dimana ianya disebabkan oleh jangkitan kulat atau candida.

Selain merekah, bibir akan menyebabkan berkuping (scaling) di tepi bibir. 

Biasanya ianya muncul di sudut mulut, lembap berwarna agak kemerahan dan ada lepuhan putih yang pecah di situ. Akhirnya menyebabkan rekahan yang menyebabkan luka yang menyakitkan.

Punca-punca kekeringan

Bibir akan menjadi kering apabila terdedah kepada suhu yang keterlaluan. Tidak kira sama ada ianya ianya suhu tinggi atau suhu yang terlalu rendah. Bibir boleh merekah dan menyebabkan ketidakselesaan. Bila keadaan ini berlaku, menggunakan pelembap bibir akan membantu mengurangkan kekeringan itu.

Kekurangan air (dehydration) yang sederhana juga akan menyebabkan bibir menjadi kering. Ramai yang menyangka dengan meminum air, seseorang itu boleh menyahidrasi. Namun berhati-hatilah dengan apa minuman yang kita minum. Meminum caffeine atau alcohol juga sebenarnya menyebabkan dehidrasi tanpa disedari.

Cara terbaik ialah dengan minum air secukupnya iaitu lapan gelas sehari.  Namun kita harus minum air jika keadaan lebih panas, ata melakukan aktiviti di luar rumah atau badan seseorang dikirakan obese.

Orang obese memerlukan air melebihi orang yang tidak obese kerana permukaan kulitnya yang lebih besar, menyebabkan lebih banyak air tersejat melalui kulit.

Kekeringan dan rekahan bibir turut dialami oleh orang yang cuba membasahkan bibir mereka dengan air liur sendiri. Mereka menyangka dengan ’menjilat’ bibir sendiri dapat mengekalkan kelembapan bibir. Sebaliknya ianya menyebabkan bibir menjadi lebih lebih kering.

Masalah keradangan (irritation) juga menyebabkan kekeringan bibir berlaku. Selain dari air liur (saliva), lipstick dan makanan juga boleh menyebabkan perkara yang sama.

Tanpa disedari makanan yang dimakan mengandungi bahan yang seseorang alergik terhadapnya, lalu bibirnya secara tiba-tiba menjadi bengkak, kadang kala kering akibat alahan terhadap bahan itu. Ini menjadi isu serius bagi penghidap penyakit eczema.

Kehidupan di bandar kadang kala memerlukan seseorang itu bekerja dengan waktu yang panjang. Secara tidak langsung menyebabkan bibir seseorang itu kering.

Ini kerana stress dan kepenatan bekerja menyebabkan daya tahan tubuh (immune system) menjadi rendah. Maka senanglah berlaku jangkitan kuman di sekitar mulut dan bibir.

Bagaimana mengurangkan risiko?
Saya sering mencadangkan agar seseorang yang bibirnya mudah kekeringan agar memastikan air yang diminumnya setiap hari mencukupi. Selain ianya mengurangkan kekeringan pada bibir, air juga membantu bahan toksik (urea) dalam badan dibuang melalui air kencing. Jadi jangan risaukan kekerapan membuang air kecil. Kerana ianyanya membantu pembuangan toksik dalam badan.

Memakan makanan yang sihat (healthy diet) juga membantu memulihkan keadaan ini. Pastikan makanan yang dimakan mengandungi banyak zat  C, E dan B, serta elemen zinc, zat besi (iron) dan beta-carotene.

Rehat yang mencukupi dan senaman yang berterusan (regular exercise) akan menyebabkan tubuh mempunyai daya tahan yang kuat lalu menjauhkan serangan kuman.

Cuba elakkan memakan makanan yang mempunyai garam yang tinggi dan pedas. Bahan-bahan ini akan menyebabkan kulit bertambah kering.

Ada beberapa kajian menunjukkan ada sebahagian makanan menyebabkan phototoxicity, yang mana menyebabkan bibir akan menjadi terlalu sensitif kepada cahaya matahari. Apabila terdedah kepada cahaya matahari, ianya akan menyebabkan bibir menjadi mudah melepuh dan kering.

Buah-buahan jenis Citrus, beberapa jenis minyak masakan dan beberapa jenis ubatan kadang kala menyebabkan lepuhan (blister).

Begitu sesetengah ubat gigi yang mengandungi sodium lauryl sulfate, boleh menyebabkan kekeringan bibir.

kredit : Dr Zubaidi b Hj Ahmad

7 LANGKAH HILANGKAN LINGKARAN BAWAH MATA / EYEBEG MENGGUNAKAN UBI KENTANG

21:27 Anna Rezqi 0 Comments

Lingkaran hitam bawah mata anda masih belum hilang lagi? Jika begitu, cuba anda kaedah rawatan menggunakan kentang. Kentang baik dan sesuai untuk mencerahkan kulit anda. Terutamanya pada bahagian muka. Ini kerana ia mengandungi enzim catecholase.


Ikutilah 7 langkah di bawah untuk hilangkan kesan hitam bawah mata anda;

1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.

2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.

3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.

4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.

5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.

6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.

7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.

Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan.

Selamat Mencuba!

TIPS KECANTIKAN - TAHUKA ANDA MENGAPA PENTINGNYA MAKEUP REMOVER ??

21:59 Anna Rezqi 0 Comments

Jom baca sampai Habis klu mau tau Lebih Lanjut.
Jangan Abaikan!


Membuang sisa solekan pada wajah amat penting walaupun anda x bersolek? Kpd mereka yang sememangnya rutin menggunakan makeup, makeup remover merupakan item yang wajib ada bagi menanggalkan kesan solekan pada wajah.

Kebiasaannya, org yg memerlukan makeup remover inginkan kulit mereka betul-betul bersih setelah seharian mengenakan solekan. Ia sangat penting untuk mengelakkan pori-pori wajah tersumbat dengan kotoran.

Namun begitu, realitinya kulit wajah kita sememangnya sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis kotoran tidak kira sama ada secara langsung dari bahan solekan, air, udara mahupun sentuhan.

MAKEUP REMOVER
✅ Membersihkan segala kotoran dan habuk yang melekat serta bahan kosmetik/bedak/
sunblock lotion yang digunakan pada wajah.
✅ Mengurangkan risiko ditumbuhi jerawat, blackhead, whitehead, dan lain2 akibat penyumbatan pori2 kulit oleh kotoran.
✅ Merangsang proses penggantian sel2 baru (skin renewal) melalui penyingkiran sel2 kulit lama yang telah mati (dead skin cells removal)
✅ Membantu kulit untuk bernafas pada waktu malam

Setiap org kulit dia x sama tapi ingat, kulit wajah nipis. Kena jaga baik2 baru lah natural beauty tau ❗
Jom guna produk keluaran iBeauty utk dptkan kulit yg sihat dan cantik semulajadi!


#tipskecantikan
#setjeragat
#iskin
#maisarabeauty

TONA KULIT TAK SEKATA , KETAHUI PUNCA & CARA ATASI

23:34 Anna Rezqi 0 Comments

Tona kulit tak sekata sememangnya sangat menganggu penampilan kita. Kulit bukan sahaja nampak suram,bahkan akan membuatkan kita nampak seperti orang yang kepenatan, tidak bermaya, nampak lebih tua dan tidak sihat.


Ada banyak faktor penyebab tona kulit tak sekata,salah satunya adalah disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuh. Jadi, tidak hairan tona kulit tak sekata lebih senang dilihat pada wanita mengandung ataupun menopause kerana mereka ini sedang mengalami perubahan pada beberapa jumlah hormon. Perubahan warna kulit sering terjadi pada wanita yang menopause kerana hormone esterogennya menurun sehingga menyebabkan keanjalan kulit berkurangan dan warna kulit jadi tidak sekata.

Selain hormon, warna kulit yang tidak sekata juga disebabkan oleh sinaran cahaya matahari. Pancaran sinaran matahari secara langsung boleh membuatkan kulit menjadi lebih gelap. Apatah lagi, jika kita terdedah terlalu lama, sehingga menyebabkan pigmentasi dan membuat kulit menjadi lebih kusam, berminyak dan kering. Gabungan perubahan hormon dan sinaran cahaya matahari juga mengundang kemunculan melasma atau bintik-bintik hitam di kulit. Pemakaian produk-produk kecantikan yang tidak tepat juga boleh membuatkan tona kulit tak sekata. Perubahan tersebut terjadi kerana tindakbalas sensitif kulit pada zat-zat yang terdapat dalam produk kecantikan tersebut.

Ada banyak cara untuk meratakan warna tona kulit tak sekata. Misalnya, menjaga hidrasi kulit dengan memperbanyakkan minum air masak dan melakukan rawatan muka secara rutin.
Selain itu, cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit. Kemudian sapukan pelembab pada setiap hari supaya kulit sentiasa cerah dan tona kulit kembali sekata.
Jika perlu, lakukan skrub muka dan ditambah dengan pemakaian masker yang sesuai dengan jenis kulit. Di samping itu jangan lupa bersenam dan mengambil vitamin C dan E yang mampu membantu memulihkan warna kulit.
Selain itu, setiap kali keluar rumah, pastikan kita memakai krim pelindung cahaya matahari (sunblock ) yang sebaiknya mengandungi SPF 30.


5 Petua Tradisonal Seratakan Tona Kulit

Usah bermuram, jom cuba petua tradisi.

1. Ubi Sengkuang Mencerahkan
Kupas ubi sengkuang, sagat isinya. Jadikan ia sebagai masker, sapukan pada seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga masker ini kering, khasiat yang terkandung di dalam ubi sengkuang membantu menyejukkan kulit di samping menyegar dan menjadikan kulit cerah sekata. Ubi sengkuang juga boleh dimakan sebagai snek ringan bersama kuah rojak. Ia dikatakan mampu menyejukkan badan.

2. Putih Telur Melembutkan Kulit
Ubi telur mempunyai khasiat yang tinggi kepada kesihatan dan membantu merawat pelbagai jenis kulit. Caranya sangat mudah, sapukan putih telur pada seluruh wajah dan leher. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air suam. Putih telur membuatkan kulit menjadi lebih lembut dan sekata. Bagi anda yang mengalami masalah noda hitam pada wajah terutama di bahagian hidung, rendam kapas muka di dalam mangkuk yang mengandungi putih telur. Kemudian tempek kapas ini pada bahagian bermasalah. Biar sehingga kering, selepas itu tarik kapas secara perlahan-lahan. Cara ini dapat membersihkan wajah secara mendalam, anda akan dapat melihat kotoran yang melekat pada kapas.

3. Masker Teh Hijau
Untuk mengekalkan awet muda, ramai wanita di Jepun, Korea dan China mengamalkan teh hijau sebagai minuman harian. Teh tinggi antioksidan, ia dapat merawat kulit dari dalam dan menjadikan kulit lebih cerah dan berseri. Secara perlahan-lahan kulit yang berbalam menjadi sekata.

4. Air Kelapa
Air kelapa antara ramuan yang sangat efektif membantu wanita memiliki kulit wajah yang sihat dan menawan. Basuh wajah dengan air kepala setiap pagi, biarkan ia kering sendiri pada wajah. Kemudian, baru dibilas dengan air bersih. Air kelapa dikatakan dapat mencerahkan kulit, mengatasi wajah kusam, melicinkan kulit dan mengecutkan jerawat.

5. Madu Segarkan Wajah
Wajah yang lesu, kusam dan kulit berbelak menghakis kecantikan wanita. Bagi anda yang yakin dengan keajaiban bahan alami. Apa kata anda mencuba petua ini. Sapukan wajah dengan madu secara nipis. Biarkan ia kering, kemudian bilas wajah dengan air perahan limau nipis atau lemon. Madu dapat membantu melembapkan kulit, menjadikan wajah lebih cerah dan berseri. Madu juga digunakan untuk membantu wanita memiliki bibir yang merah. Caranya, sapu bibir dengan madu sebelum tidur setiap hari. Sebaik sahaja bangun pagi, bilas dengan air bersih. Bibir akan beransur merah dan semakin menawan

credit Majalah Keluarga & 123mamanet.com

5 SEBAB BERAT BADAN ANDA TAK MAHU TURUN

20:08 Anna Rezqi 0 Comments

Walaupun sudah mencuba pelbagai program diet dan berusaha memastikan mengambil pemakanan yang betul,malangnya berat badan yang diharapkan turun dengan banyak tidak terjadi.
Lebih mengecewakan berat badan anda masih kekal di tahap yang sama atau hanya berkurang sedikit sahaja biarpun sudah hampir sebulan menjalani program diet. Lantas di hati bertanya-tanya di mana silapnya lagi program diet yang anda jalani.


Namun janganlah terus kecewa dan menghentikan usaha anda separuh jalan. Berikut disenaraikan kelima-lima sebab mengapa berat anda tak mau turun.

1. Kurang bergerak
Walaupun anda sibuk ke gim dengan harapan dapat membakar kalori di tubuh,anda masih mempunyai waktu-waktu lapang yang tidak terisi dengan aktiviti bermanfaat. Jangan fikir tugas anda telah selesai semata-mata kerana anda telah berlari di atas treadmill selama satu jam
Jika anda mahu membakar kalori secara maksimum, anda perlu bergerak sepanjang hari. Anda tidak perlu bergerak keterlaluan, cukup hanya pergerakan sederhana sahaja. Dengan membiarkan waktu lapang tidak terisi, anda mungkin berisiko tergoda dengan makanan-makanan di hadapan anda.

2. Makan terlalu banyak
Biasanya, anda tidak mengawal pemakanan anda apabila berada di luar seperti di kedai makan, restoran dan sebagainya. Hal ini menyebabkan anda berisiko tinggi untuk mengambil makanan berkalori tinggi, lebih-lebih lagi apabila anda memilih untuk makan di kedai-kedai makanan segera.

3. Makan sambil berdiri
Tanpa sedar, anda lebih banyak makan secara sambilan.Misalnya, dalam perjalanan mahu ke tempat kerja atau sambil menyiapkan kerja di meja anda. Makan sambil membuat kerja dan sambil berdiri membuatkan anda tidak fokus terhadap makanan yang anda makan sehingga membuatkan anda tidak menikmati makanan yang anda sedang makan.
Ia menyebabkan anda tidak sedar apa yang telah anda makan, dan juga menyebabkan anda tidak puas makan.Akhirnya,tanpa disedari anda telah mengambil makanan dengan kalori yang berlebihan.

4. Sering mengunyah
Memang bagus untuk anda mempunyai stok makanan kudap-kudapan seperti kekacang atau buah-buahan di sela-sela waktu makan utama. Ia juga dapat mengelakkan anda terlalu kelaparan apabila tiba waktu makan utama sehingga menyebabkan anda makan berlebihan. Tetapi, dengan hanya makan makanan yang tidak berkhasiat,malah mengandungi kalori tinggi juga tidak baik, ia membuat anda mahu makan dengan lebih banyak lagi.

5. Tidak tahu kuantiti makanan yang dimakan
 Anda mungkin fikir sudah mengurangkan kuantiti makanan yang anda makan dari sehari ke sehari. Malah, anda juga sudah mula memilih makanan yang baik untuk anda dan membatasi pengambilan kalori.
Tetapi,sebenarnya anda mungkin tidak pasti berapa jumlah kalori yang telah masuk ke tubuh anda.Anda memerlukan pembakaran sebanyak 500 kalori setiap hari dan pengurangan makan serta peningkatan aktiviti fizikal untuk menghilangkan 0.45 lemak selepas seminggu.

10 TIPS KESIHATAN YANG WANITA PERLU TITIKBERATKAN

23:28 Anna Rezqi 0 Comments

Wanita, Kecantikan dan Kesihatan memang tak dapat dipisahkan..nak2 bila sebut pasal penjagaan kesihatan diri..Mai pun wanita jadi normal la kan kita nak bercakap pasal kecantikan atau kesihatan diri..walaupun diri ni biasa2 je..hehe. yg penting kita kena jaga luaran & dalaman diri ok.


Ok, entry hari ni Mai just nak kongsi sedikit info tentang 10 TIPS KESIHATAN YANG WANITA PERLU TITIKBERATKAN.

1. Minum banyak air
- Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.

2. Bersenam
- Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan merokok.
- Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?

4. Tidur yg cukup.
- Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap.
- Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih.

6. Makan yang cukup tapi bukan berlebihan.
- Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

7. Manjakan diri.
- Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan stress.
- Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don't worry, be happy.
- Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik! cheewahh

10. Ketawa penghibur duka.
- Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

CARA MINUM AIR PADA BULAN RAMADHAN. PASTIKAN CUKUP!

23:35 Anna Rezqi 0 Comments

Nampak senang untuk lakukan, tetapi ramai yang tidak amalkan. Mungkin kerana tidak biasa dan kurang ambil tahu kesan tubuh badan yang kurang air. Jadi ramai yang abaikan. Ingat ya, sebelum jatuh sakit jangka masa panjang, lebih baik kita memilih jalan untuk menjaga kesihatan.


Ikuti tip untuk jaga kesihatan dengan melengkapkan tubuh badan dengan air yang cukup sepanjang berpuasa...

1. Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur
--> Ketika makan sahur, usahakan minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral dan kurangkan minuman manis untuk elak kenaikan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa.

2. Minum Waktu Tidur
--> Peluang untuk minum ahnya pada waktu malam, jadi kalau nak kerap minum lebih elok bawa sebotol air ke dalam bilik. Sekurang-kurangnya sesekali terjaga boleh terus minum.

3. Makanan Dengan Kandungan Air Tinggi
--> Anda juga boleh memilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, rambutan atau buah-buahan lain.

4. Elak Minum Banyak Ketika Berbuka
--> Anda pasti memerlukan serapan air lebih tinggi puasa musim panas, tetapi cuba jangan pula minum air sampai hilang selera nak makan. Minum 8 gelas air saat berbuka bukanlah solusi yang tepat.

5. Berbuka Dengan Kurma & 2 Gelas Air
--> Tentu ramai yang sudah tahu bahawa kita disarankan berbuka dengan kurma terlebih dahulu tetapi tahukah anda kebaikan daripada tindakan yang diamal? Ya, buah kurma mengandungi kadar glukosa semula jadi yang cukup tinggi, serta kandungan nutrisi lain yang juga tinggi. Kandungan gizi yang terdapat dalam kurma dapat membantu mengembalikan energi anda sepanjang berpuasa. Dan pastinya air yang diambil pula akan menggantikan cairan yang hilang dalam tubuh badan.

6. Bawa Air Ketika Keluar Malam
--> Sudat niat nak keluar malam macam pergi terawih atau cari barang, elok bawalah air sebotol. Ini satu jalan mudah untuk menjaga tubuh badan daripada kekurangan air.


Cadangan minum air ketika puasa :
1 gelas selepas berbuka dengan kurma
1 gelas selepas makan nasi
1 gelas selepas solat Isyak
1 gelas selepas solat Terawih
1 gelas setelah makan malam (kuih muih)
1 gelas sebelum tidur
1 gelas sebelum sahur
1 gelas selepas makan sahur.
.
.
Ok, cara ini cukup 8 gelas air sehari walau anda berpuasa ;)

Sumber : Mingguan Wanita

5 TIPS ATASI KULIT BERMINYAK DENGAN CEPAT

21:02 Anna Rezqi 0 Comments

Lumrah wanita semuanya nak cantik, semua nak nampak lawa. Nak kulit licin, mulus, cerah dan tegang. Bila wajah cantik, hati jadi tenang dan keyakinan diri meningkat. Disebabkan itulah banyak produk kecantikan dalam pasaran sekarang ini.  Macam-macam kelebihan dan keajaiban ditulis untuk meyakinkan para pelanggan tentang keberkesanan produk-produk ini.


Ada yang menjanjikan kulit yang lebih cerah.  Ada yang katanya boleh menghilangkan jeragat dan menjadikan kulit yang kendur tegang semula. Ada produk yang perlu disapu, ada yang perlu dimakan dan ada juga yang perlu disuntik. Semuanya semata-mata untuk memenuhi keperluan kakak-kakak, adik-adik, dan mak-mak di luar sana yang nak nampak cantik, segar, menawan dan berseri-seri.

Ok, sebelum tu kita tengok apa punca-punca yang menyebabkan masalah kulit berminyak ni..

5 Punca Sebenar Masalah Kulit Berminyak


Apabila kulit wajah berminyak, punahlah harapan untuk tampil cantik. Lebih-lebih lagi kalau kulit berminyak disertai pula dengan pertumbuhan jerawat. Kadang-kadang, rasa macam geli untuk menyentuh kulit wajah sendiri apabila berasa licin dan belengas. Apabila kita ingin menyelesaikan masalah ini, kita perlulah mengetahui dahulu punca kulit berminyak yang sebenarnya.

Antara masalah kulit yang biasanya menjadi keluhan para wanita adalah masalah kulit berminyak. Kulit berminyak bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia memang akan mencacatkan kesempurnaan pada wajah.

Kulit berminyak sebenarnya normal kerana ini cara sistem badan kita melindungi permukaan kulit. Namun, kulit akan mengeluarkan minyak atau sebum secara terlalu banyak dan berlebihan apabila :

1. Terdedah Kepada Sinar UV Yang Berbahaya
- Kulit kita sebenarnya mempunyai satu lapisan perlindungan yang unik termasuklah dengan penggunaan lapisan minyak. Disebabkan kulit muka selalu terdedah dengan pencemaran dan sinar UV yang sangat berbahaya, lebih banyak minyak dikeluarkan di bahagian muka.

2. Suka Makan Makanan Yang Berminyak
- Makanan yang berminyak pula akan memburukkan lagi keadaan. Makanan berminyak bukan sahaja boleh menaikkan berat badan, malah juga menjejaskan kesempurnaan kulit wajah.

3. Tersalah Pilih Produk Penjagaan Kulit/kosmetik
- Semua orang mempunyai keadaan kulit yang berbeza. Ini menyebabkan penerimaan kulit terhadap setiap produk juga berbeza. Apabila tersalah pilih produk dengan kandungan minyak yang tinggi, maka kulit kita berisiko untuk mengeluarkan lebih banyak minyak pada bahagian muka.

4. Persekitaran Yang Tercemar
- Selain itu, persekitaran alam sekeliling yang kotor akibat pencemaran juga menyebabkan lebih banyak sebum dihasilkan untuk melindungi permukaan kulit daripada kotoran.

5. Hormon Yang Tidak Seimbang
- Hormon dalam badan yang tidak  seimbang. Sistem dalam badan kita sebenarnya turut bergantung kepada hormon-hormon yang dikeluarkan oleh organ-organ tertentu. Apabila hormon kurang stabil, berlakulah lebihan minyak pada wajah.

5 Tips Atasi Kulit Berminyak Secara Semulajadi

1.  Mengamalkan Cara Pemakanan Yang Sihat
- Boleh dikatakan, semua yang berlaku dalam badan kita bergantung kepada cara pemakanan kita. Apabila kita makan makanan yang sihat seperti sayur, kekacang dan buah buahan, kita akan dapat melihat perubahan yang ketara pada kulit. Mesti akan kurang berminyak dan lebih sihat.

2. Menggunakan Pencuci Muka Berasaskan Air
- Pencuci muka pula perlulah yang berasaskan air bagi mereka yang menghadapi masalah kulit berminyak. Pencuci muka jenis ini akan membantu membersihkan kulit muka daripada minyak yang berlebihan. Namun begitu, pencuci muka yang baik akan mengekalkan kelembapan dan tidak akan mengeringkan kulit.

3. Menyapu Krim Pelembap Sebelum Mekap
- Sebum sebenarnya berfungsi untuk melindungi kulit. Semakin kering kulit, semakin banyak sebum dihasilkan pada wajah. Jadi, sebelum berbedak dan bersolek, jangan sesekali lupa untuk memakan pelembap wajah supaya kelembapan kulit wajah tahan lebih lama. Pelembap ini juga haruslah berasaskan air

4. Mekap Yang Kurang Berminyak
- Tanpa kita sedari, alat mekap kita sendiri menjadi faktor utama kulit wajah tampak lebih berminyak. Seboleh-bolehnya, carilah jenama mekap yang kurang berminyak atau water-based supaya kulit wajah sentiasa segar dan berseri.

5. Kertas Penyerap Minyak
- Penggunaan kertas penyerap minyak juga agak popular dalam kalangan orang yang mempunyai masalah kulit berminyak, tapi cara ini agak kurang efektif dan tidak tahan lama. Ia agak leceh. Malu juga nak tekap-tekap muka dengan kertas kalau kita berada dalam keadaan orang ramai.

KENALI JENIS KULIT

19:48 Anna Rezqi 0 Comments


Mungkin ada yang sudah menegtahui jenis kulit muka mereka,tetapi masih ada juga segelintir yang keliru mengenai jenis kulit muka mereka.Adalah sangat penting bagi kita tidak kira lelaki mahupun perempuan untuk mengetahui jenis kulit muka bagi menyesuaikan penggunaan produk penjagaan wajah.




Kulit Muka Berminyak
Kebanyakan wanita di Malaysia mempunyai kulit muka berminyak kerana gaya pemakanan mereka rata-rata gemarkan masakan yang berminyak.Kulit berminyak adalah kulit yang mengeluarkan minyak secara berlebihan akibat aktiviti kelenjar lemak pada kulit.Kotoran dan debu memang mudah untuk melekat pada kulit yang berminyak yang seterusnya menggalakkan pertumbuhan jerawat dan bintik-bintik hitam.Cuba bayangkan satu permukaan yang di letakkan minyak,kemudian pasangkan satu kipas yang berdebu.Macam mana agaknya?
Antara ciri kulit berminyak ialah:
  • Kulit nampak melekit dan berminyak (Jalan sebatu pun dah nampak glowing habis)
  • Kulit Alergi dan sering gatal-gatal di muka
  • Sekitar hidung nampak seperti menara KLCC yang berkilauan akibat minyak yang berlebihan.
  • Kulit mengalami bintik hitam dan jerawat seperti kuih rempeyek.

Kulit Kering
Kulit kering pula ialah kulit yang mengeluarkan minyak dalam kuantiti yang sangat sedikit.Minyak tidak membahayakan kulit muka.Tetapi sekiranya minyak dikeluarkan melebihi atau kurang dari paras normal,itu yang berbahaya.Fungsi minyak adalah untuk melembutkan seperti kita sapukan losyen pada kulit.Pengeluaran minyak yang sangat sedikit akan menyebabkan kulit mudah pecah-pecah dan sensitif.
Mereka yang mempunyai kulit muka sebegini tidak boleh memakai produk kosmetik sembarangan dan perlu merujuk kepada pakar kulit muka terlebih dahulu.Jangan memandai,nanti merana diri.
Antara ciri kulit kering:
  • Kulit kelihatan kasar dan tidak bersinar
  • Kulit kering dan pecah-pecah seperti sisik ikan
  • Kulit sensitif dan kemerahan macam buah epal bunting.

Kulit Kering dan Berminyak
Mereka yang mempunyai jenis kulit muka seperti ini mudah keliru.Hal ini kerana kulit muka mereka mempunyai kombinasi masalah yang memeningkan.Sebahagian kulit muka mereka berminyak,dan sebahagian lagi kering.
Antara ciri kulit muka kering dan berminyak:
  • Kulit di kawasan T (hidung,dahi dan pipi) kelihatan berminyak.

Kulit Normal
Untung.Itu perkataan yang selayaknya bagi mereka yang mempunyai kulit muka yang normal. Bukan mudah nak dapatkan kulit muka yang normal.Pengeluaran minyak bagi kulit normal adalah sangat seimbang Tidak bererti kulit normal tidak memerlukan rawatan wajah.Bukan semua bernasib baik seperti golongan kulit normal ini.
Antara ciri kulit muka normal:
  • Tidak mempunyai bintik hitam
  • Berpori-pori halus
  • Kulit muka bercahaya,cerah ,halus dan lembut macam lepas guna Softlan
  • Tidak mempunyai jerawat.

Kulit Sensitif
Dalam ramai-ramai,pasti ada yang mempunyai kulit muka yang sensitif. Pegang sikit sahaja dah merengek.Hehe. Punca kulit muka menjadi sensitif adalah berbeza bagi setiap individu.Kulit sensitif boleh berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma,resdung,ruam,gatal-gatal pada kulit dan ekzema.

Selamat Membaca!

PANDUAN MENGESAN MERCURI DALAM PRODUK KECANTIKAN

23:46 Anna Rezqi 0 Comments

Sekarang ni rata-rata orang dok cakap pasal bahayanya produk-produk kecantikan yang ada dekat pasaran. Sana-sini orang cakap pasal ni. Yang mana kulit dah rosak tu memang nightmare la. Cantik sekejap, merana sepanjang zaman =)
 

Kesan jangka panjang penggunaan kosmetik yang ada mercury
credit to surayasulatin

Salah satunya Collagen Plus Vit E. Collagen Plus Vit E ni ada kandungan mercury yang boleh menyebabkan kiter kena kanser kulit. So, suggestion saya, jangan terlalu ghairah nak muka cepat putih. If nak guna any products, yang paling penting kena make sure product tu mendapat pengesahan dan selamat digunakan oleh KKM. Yang mana kata dalam proses nak dapat ker, pastu kata selamat dan claim produk mereka menggunakan bahan semulajadi ker, molek la kalau fikir dua tiga kali.

Takut nanti muka cantik sekejap je. Lepas tu jadi gelap/rosak dari sebelumnya bila dah berenti pakai dan paling sedih, bila kena kanser kulit. Bahaya. Sekarang banyak produk kecantikan yang packing macam pasar malam, tajuk entah apa-apa. Description isi kandungan apa dia pon takder. Bogel macam tu jer. Biasanya set-set produk mcm ni ada pencuci, krim malam and krim siang. Pakai seminggu, terus muka nampak sangat berkesan, cantik, kemerah-merahan.




So, macam mana cara kita nak trace if product yang kita guna tu mengandungi mercuri ke x?
 
1) Melekit-lekit. Sapu kat muka pun bkn main susah nak ratakan.  
2) Tidak Homogen. Kalau kita biarkan krim tu, akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yang padat. 
3) Kulit putih segera. Pakai banyak mercury memang la laju je kulit putih. Putih nye plak lain macam, bukan putih natural. Biar lambat putih asalkan selamat.
4) Takde langsung jerawat nak tumbuh. Jangan cepat happy bila ni terjadi. Sebenarnya kulit epidermis (lapisan kulit yg paling ats sekali) dah rosak. Kulit dah ROSAK tu dah hilang protein dan melanin yang sangat la penting untuk melindungi kulit dari sinar uv. Dan kenapa jerawat dah tak nak tumbuh adalah sebab kuman/bakteria pun xsudi nak duduk tempat yang dah rosak.
5) Bau logam. Merkuri ialah logam berat yang berbentuk cecair. So bau logam bau dia kuat menyengat, kalau wangi pun maybe dia dah di campur dengan perfume (pewangi).
6) Berkilau blink2. Texture kosmetik yang ada mercury ni berkilau-kilau, kilat-kilat sikit. Cuba tengok kat kulit lepas pakai tu ada tak kilat-kilat? Ingat! mercury adalah logam sebab tu dia berkilat.
7) Bila stop pakai, bintik-bintik tumbuh kat muka, gatal-gatal.Lama-lama kulit jadi kehitaman dan kusam lebih teruk daripada sebelumnya.
8) Kulit sensitif dengan matahari. Kena matahari kejap je pun dah merah dan rasa terbakar.

Cara lain untuk mengesan produk bermercuri ini adalah :
1)  Letakkan krim produk tersebut atas sudu dan layurkan atas api dapur gas sehingga cair. Kemudian tengok perubahan pada cecair tu, terbakar atau pun tidak? Merkuri ni sifatnya macam serbuk warna silver, so bila kita bakar krim atau produk tu , merkuri akan muncul semula dan produk tu akan bertukar warna. Kalau tak ada kehadiran merkuri, ia akan kekal dengan warna asal, tak terjejas pun.
Jika cecair tu bertukar menjadi warna hitam, maknanya ada bahan kimia. Jika cecair tidak bertukar warna, maknanya bebas kimia dan ianya selamat. 
2) Sapukan cincin emas (pastikan yang tulen) dengan krim yang kita nak test tu. Gosok-gosok cincin dengan krim. Kalau produk tu bermercuri, krim tu akan bertukar menjadi warna kelabu. Semakin gelap warna yang terhasil, semakin banyak mercuri yang digunakan.

So nasihat saya kepada sesiapa yang nak cuba ape-ape produk kecantikan, do some research. Tanya dekat seller tu, dah dapat pengesahan KKM ke, selamat ke, apa kandungan? Tak cantik sekelip mata takpe. Janji selamat. Kan?